Wednesday, September 9, 2009

HAMPER LAGI...

Salam untuk semua...,

Walapun raya cuma tinggal tak sampai dua minggu lagi (lebih tepat - 11 hari lagi), order hamper secara khidmat `cepat ekspres' semakin banyak (alhamdulillllahhhhhh). Hujung minggu ni kami di Riben Manis nampaknya akan berkampung di kedai RibenManis yang terletak di Seremban 2, untuk menyiapkan lebih 100 hamper (pelbagai kategori) untuk dihantar pada customer Isnin depan. Tapi tak pa, sebab kami di Riben Manis berpegang kepada motto yang sesuai dengan lagu raya - `setahun hanya sekali....' (heheheh). So, apa lagi, pulunnnnnnn......



Ok, kat bawah ni adalah antara gambar-gambar pelbagai jenis hamper yang dah siap dihantar pada customer.





Ni dah siap masuk kereta untuk hantar pada pelanggan


Ni plak antara yang dah dan `nyaris-nyaris' siap...hehehhe


Ni pakej ekonomi - RM10 satu. Customer order pagi tadi - 120 pcs. Nak ambik petang sebelum pukul 5 ptang...fuhhhh......


Pakej pok-pok bujang lapok - RM35. Kalau mini hamper macam ni bleh order secara `cepat ekspress'





Friday, September 4, 2009

DUA MINGGU LAGI RAYAAA.....

Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu ke-2 berpuasa. Tinggal lagi 2 minggu lagi. Seperti biasa, bagi kami di RibenManis, masa-masa macam ni lah rasa macam kalau boleh biarlah puasa tu lama sket...(heheheh). Bukannya apa, order dah makin banyak (syukur alhamdulillah), takut tak sempat siap. Dan lebih tak keruan lagi bila ada order `cepat ekspress' (macam nama bas..). Maksudnya, order hari ni, nak ambik dua hari lagi....Tapi tak pa, demi kepuasan customer, kami akan siapkan juga walaupun tak tido malam.
Ok, sekadar nak menjamu mata, ni saya postkan sebahagian gambar-gambar hamper yang dah kami buat sepanjang minggu lepas. Sapa yang nak order boleh lagi. Last order Jumaat, 11 September.



Sebahagian daripada hamper-hamper yang dah siap dan yang on the way siap. Sorry sebab angle gambar tak berapa menarik sebab tak bleh gerak. Hamper dah penuh kedai. So, main snap saja...




Ni special request dari customer untuk majlis berbuka puasa. Kurma Mariami gred A diisi dalam kotak ukiran perak. Semua 100 biji...

Ni hamper RM50


Kotak ala-ala corak Louis Vutton ni plak untuk customer yang nak bawak buah tangan kat kawan dia kat London. Dalam dia ada tart nenas, tart bluebrry, hazelnut chocolate cookies, kek buah kukus dan kurma.

Tuesday, August 25, 2009

SPECIAL REQUEST DARIPADA CUSTOMER



Untuk tetamu VVIP - buah-buah kering - Kurma Mariami, Buah Teen dan Buah Aprikot Turki diisi dalam bekas ekslusif - kotak perak berukir - RM130




Satu lagi untuk VVIP - bekas perak berukir berisi kurma Mariami - RM60





Cenderahati untuk majlis berbuka puasa - Mangkuk bertingkat dari buluh yang diisi dengan 2 jenis biskut raya homemade, kek buah kukus (250gm), serunding daging diisi dalam kotak mengkuang, buah rotan dan kurma Rotub - RM100


Empat hamper yang diminta khas dari customer

Tuesday, August 18, 2009

RibenManis dalam Kosmo, Harmoni & Utusan Malaysia


Harmoni (September - keluaran khas Hari Raya 2009)




Kosmo, 17 Ogos 2009




Utusan Malaysia, 10 Ogos 2009

Tuesday, July 21, 2009

BISKUT RAYA HAMPER 2009

Tart Blueberry
RM24/box (minimum 50 pcs)

Luxury Hazelnut (RM24/box - minimum 50 pcs)

Bangkit Angkasawan
(RM20/box - minimum 40 pcs)

Cornflakes Badam
RM24/box (minimum 50 pcs)


Almond Sizzling
RM24/box (minimum 50 pcs)



Chocolate Square

RM24/box (minimum 50 pcs)




Hawaian Coconut

RM24/box (minimum 50 pcs)





Green Pearl
RM24/box (minimum 50 pcs)



Malatop Cripsy

RM24/box (minimum 50pcs)



Black Pistachio
RM24/box (minimum 50 pcs)




Biskut raya yang diisi di dalam semua hamper kami adalah home made dan hand made. Selain menggunakan butter berkualiti tinggi, kesemua biskut kami adalah adunan pelbagai jenis bahan seperti coklat, kekacang dan bijirin(eg. hazelnut/walnut/pistachio/badam/croquant/oat, kelapa panggang, emping jagung, bijan, bijan hitam dan coklat).



Gabungan pelbagai adunan ini menjadikan setiap biskut kami tampil dengan rasa yang enak, rangup, unik dan beridentiti.


AZIZAH
Oh Azizah, cantik rupamu pandang tak jemu. Berseri, ayu dan jelita selalu. Bila menerima pemberian ini, itu lah harapan ku buat rakan-rakanku...

HARGA: RM150
KANDUNGAN:
i. 3 jenis biskut raya home made – Malatop, Black Pistachio, Green Pearl
ii. Kerepek bawang – 200 gm
iii. Kerepek pisang berempah – 200 gm
iv. Buah rotan – 200 gm
v. Chocolate Cadbury – 105 gm
vi. Air Anggur Hijau Berkarbonat – 750 ml
vii. Kek buah – 200gm
viii. Bakul anyaman buluh dengan penutup dihias riben, bunga daisy dan kad ucapan
-------------------------------------------------------------------------------------------------

SAAT YANG BAHAGIA
Syawal masih jauh ke hadapan. Namun Ramadan disambut penuh keinsafan. Terimalah sekotak tamar buat pemanis bicara. Tanda kita bersaudara selamanya...

HARGA: RM15
Kandungan: 12 biji kurma berkualiti tinggi diisi dalam kotak khas dan dihias riben serta kad ucapan.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

POK, POK BUJANG LAPOK...
Walau bujang berkelana, hati ku gembira. Lebih gembira lagi kalau menerima cenderamata ini...

Harga: RM35
Kandungan
i. Pilihan sejenis biskut kegemaran anda – Malatop, Green Pearl, Hawaian Coconut n Black Pistachio. Biskut (anggaran bilangan 55 hingga 60 biji) diisi didalam bekas kedap udara, dibalut dengan kertas hadiah ekslusif dan dihias riben dan bunga.

-------------------------------------------------------------------------------------------------



MALAM KU BERMIMPI
Kala malam ku selalu bermimpi membahagiakan semua rakan taulan. Apa agaknya mahu dihadiahkah...? Sekotak kejutan barangkali?
Sempena Syawal yang mulia sudilah kiranya menerima pemberian ku ini. Tanda ingatan kasih tulus ikhlas...

HARGA: RM50
KANDUNGAN:
i. Biskut raya home made dalam kotak berhias – Green Pearl
ii. Kek Buah Kukus – 350gm
iii. Kerepek bawang dalam kotakkertas perak – 200gm
iv. Kotak tebal berkualiti tinggi dihias riben dan kad ucapan


-------------------------------------------------------------------------------------------------


UDA DAN DARA
Uda dan Dara lambang cerita cinta agung dan sejati. Satu untukmu Uda dan satu untukmu Dara. Apa salah kiranya menerima kedua-duanya sekali buat penganti diri...

HARGA: RM80
KANDUNGAN:
i. Dua jenis biskut home made – Green Pearl dan Malatop
ii. Kek buah kukus – 350gm
iii. Kerepek bawang – 200 gm
iv. Baulu kampung
v. Dua bakul jerami disusun bertindih dan dihias dengan riben serta kad ucapan

-------------------------------------------------------------------------------------------------






DENDANG PERANTAU
Kala terdengar dendangan ini, hatiku sayu. Kupujuk diri sabar menunggu. Hari bahagia pasti kan tiba. Terimalah pemberian ikhlas dari hamba

HARGA: RM100
KANDUNGAN:
i. 3 jenis biskut raya homemade – Malatop, Green Pearl dan Black Pistachio
ii. Kerepek bawang – 200 gm
iii. Kerepek pisang berempah – 200 gm
iv. Buah Rotan – 200 gm
v. Chocolate Cadburry – 100gm
vi. Bakul rotan dihias dengan riben kertas dan kad ucapan


-------------------------------------------------------------------------------------------------




GETARAN JIWA
Jiwa ini meronta sentiasa. Mahu mencari yang terbaik untukmu teman. Puas ku cari...Nah, inilah yang kucari selama ini. Harap damailah teman pabila menerima

HARGA: RM200
KANDUNGAN:
i. Empat jenis biskut home made – Malatop, Black Pistahio, Almond Slice dan Green Pearl
ii. Kek Buah Kukus – 350 gm
iii. Dodol kampung
iv. Kerepak bawang – 200 gm
v. Kerepek pisang berempah – 200 gm
vi. Buah rotan – 200 gm
vii. Baulu kampung – 100 gm
viii. Bakul tali jut dihias riben kertas dan manik serta kad ucapan

------------------------------------------------------------------------------------------------



ENGKAU LAKSANA BULAN
Kalau engkau laksana bulan, pasti kayangan lah tempat mu. Namun, setinggi mana pun bulan, percayalah tinggi lagi harapan ku buat mu teman agar kau sudi menerima pemberian ikhlas ini.

Harga: RM250
Kandungan:
i. Empat jenis biskut raya – Malatop, Green Pearl, Black Pistachio dan Almond Slice
ii. Kerepek bawang – 200 gm
iii. Kerepek pisang berempah – 200 gm
iv. Baulu kampung
v. Kek buah kukus – 350gm
vi. Cenderahati khas – mangkuk kaca bertutup dengan hiasan emas eksklusif
vii. Tiga tingkat bakul mengkuang dengan penutup dihias riben, manik dan kad ucapan
-------------------------------------------------------------------------------------------------





LAGENDA
Tiada lagi kisah lagenda yang mampu kukhabarkan ketika ini. Cuma kegembiraan dan keceriaan sahaja yang berbunga di hati di kala menghitung detik Syawal. Lalu, apakah lagi yang mampu menambah kegembiraan itu selain pemberian ikhlas ini...?

Harga: RM500
Kandungan:
i. Empat jenis biskut raya home made yang diisi dalam balang kaca khas – Malatop, Hawaian Coconut, Green Pearl dan Black Pistachio.
ii. Kek buah kukus dalam bekas mengkuang – 230gm
iii. Baulu kampung
iv. Buah Rotan – 200 gm
v. Kerepek bawang - 200 gm
vi. Kerepak pisang berempah – 200gm
vii. Acar buah dalam balang kaca – 400 gm
viii. Chocolate Ferrero Rocher – 200 gm
ix. Air anggur berkabonat – 750 gm
x. Hadiah – table runner dalam kotak khas
xi. Bakul eksklusif diperbuat daripada baldu berkualiti tinggi dihias ribbon dan bunga bercirikan English

-------------------------------------------------------------------------------------------------


MALAM BULAN DI PAGAR BINTANG
Seri sekali cahaya bulan kala bintang mengelilingi. Menjadikan malam bertambah indah. Aku yakin, wajah tuan hamba juga pasti bercahaya dan indah kala menerima pemberian ini. Gembira tak terhingga hati ini kerana sudi menerima.

Harga: RM300
Kandungan:
i. Empat jenis biskut raya home made – Malatop, Black Pistachio, Hawaian Coconut dan Green Pearl
ii. Kerepek bawang – 200 gm
iii. Kerepep pisang berempah – 200 gm
iv. Buah rotan
v. Baulu kampung
vi. Kek buah kukus dalam bekas mengkuang – 250 gm
vii. Serunding daging Kelantan dalam bekas mengkuang – 150 gm
viii. Chocolate Beryl’s – 200 gm
ix. St.Dalfour Organic Peach Tea
x. Air anggur berkabonat – 750ml
xi. Bakul buluh eksklusif dibalut dengan kain guni hiasan dihias dengan riben dan set peralatan memasak Ikea – sudip, senduk dan garfu kayu