Salam untuk semua...,
Walapun raya cuma tinggal tak sampai dua minggu lagi (lebih tepat - 11 hari lagi), order hamper secara khidmat `cepat ekspres' semakin banyak (alhamdulillllahhhhhh). Hujung minggu ni kami di Riben Manis nampaknya akan berkampung di kedai RibenManis yang terletak di Seremban 2, untuk menyiapkan lebih 100 hamper (pelbagai kategori) untuk dihantar pada customer Isnin depan. Tapi tak pa, sebab kami di Riben Manis berpegang kepada motto yang sesuai dengan lagu raya - `setahun hanya sekali....' (heheheh). So, apa lagi, pulunnnnnnn......
Ok, kat bawah ni adalah antara gambar-gambar pelbagai jenis hamper yang dah siap dihantar pada customer.
Wednesday, September 9, 2009
Friday, September 4, 2009
DUA MINGGU LAGI RAYAAA.....
Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu ke-2 berpuasa. Tinggal lagi 2 minggu lagi. Seperti biasa, bagi kami di RibenManis, masa-masa macam ni lah rasa macam kalau boleh biarlah puasa tu lama sket...(heheheh). Bukannya apa, order dah makin banyak (syukur alhamdulillah), takut tak sempat siap. Dan lebih tak keruan lagi bila ada order `cepat ekspress' (macam nama bas..). Maksudnya, order hari ni, nak ambik dua hari lagi....Tapi tak pa, demi kepuasan customer, kami akan siapkan juga walaupun tak tido malam.
Ok, sekadar nak menjamu mata, ni saya postkan sebahagian gambar-gambar hamper yang dah kami buat sepanjang minggu lepas. Sapa yang nak order boleh lagi. Last order Jumaat, 11 September.
Sebahagian daripada hamper-hamper yang dah siap dan yang on the way siap. Sorry sebab angle gambar tak berapa menarik sebab tak bleh gerak. Hamper dah penuh kedai. So, main snap saja...
Subscribe to:
Posts (Atom)