Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu ke-2 berpuasa. Tinggal lagi 2 minggu lagi. Seperti biasa, bagi kami di RibenManis, masa-masa macam ni lah rasa macam kalau boleh biarlah puasa tu lama sket...(heheheh). Bukannya apa, order dah makin banyak (syukur alhamdulillah), takut tak sempat siap. Dan lebih tak keruan lagi bila ada order `cepat ekspress' (macam nama bas..). Maksudnya, order hari ni, nak ambik dua hari lagi....Tapi tak pa, demi kepuasan customer, kami akan siapkan juga walaupun tak tido malam.
Ok, sekadar nak menjamu mata, ni saya postkan sebahagian gambar-gambar hamper yang dah kami buat sepanjang minggu lepas. Sapa yang nak order boleh lagi. Last order Jumaat, 11 September.
No comments:
Post a Comment