Wednesday, September 9, 2009

HAMPER LAGI...

Salam untuk semua...,

Walapun raya cuma tinggal tak sampai dua minggu lagi (lebih tepat - 11 hari lagi), order hamper secara khidmat `cepat ekspres' semakin banyak (alhamdulillllahhhhhh). Hujung minggu ni kami di Riben Manis nampaknya akan berkampung di kedai RibenManis yang terletak di Seremban 2, untuk menyiapkan lebih 100 hamper (pelbagai kategori) untuk dihantar pada customer Isnin depan. Tapi tak pa, sebab kami di Riben Manis berpegang kepada motto yang sesuai dengan lagu raya - `setahun hanya sekali....' (heheheh). So, apa lagi, pulunnnnnnn......



Ok, kat bawah ni adalah antara gambar-gambar pelbagai jenis hamper yang dah siap dihantar pada customer.





Ni dah siap masuk kereta untuk hantar pada pelanggan


Ni plak antara yang dah dan `nyaris-nyaris' siap...hehehhe


Ni pakej ekonomi - RM10 satu. Customer order pagi tadi - 120 pcs. Nak ambik petang sebelum pukul 5 ptang...fuhhhh......


Pakej pok-pok bujang lapok - RM35. Kalau mini hamper macam ni bleh order secara `cepat ekspress'





Friday, September 4, 2009

DUA MINGGU LAGI RAYAAA.....

Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu ke-2 berpuasa. Tinggal lagi 2 minggu lagi. Seperti biasa, bagi kami di RibenManis, masa-masa macam ni lah rasa macam kalau boleh biarlah puasa tu lama sket...(heheheh). Bukannya apa, order dah makin banyak (syukur alhamdulillah), takut tak sempat siap. Dan lebih tak keruan lagi bila ada order `cepat ekspress' (macam nama bas..). Maksudnya, order hari ni, nak ambik dua hari lagi....Tapi tak pa, demi kepuasan customer, kami akan siapkan juga walaupun tak tido malam.
Ok, sekadar nak menjamu mata, ni saya postkan sebahagian gambar-gambar hamper yang dah kami buat sepanjang minggu lepas. Sapa yang nak order boleh lagi. Last order Jumaat, 11 September.



Sebahagian daripada hamper-hamper yang dah siap dan yang on the way siap. Sorry sebab angle gambar tak berapa menarik sebab tak bleh gerak. Hamper dah penuh kedai. So, main snap saja...




Ni special request dari customer untuk majlis berbuka puasa. Kurma Mariami gred A diisi dalam kotak ukiran perak. Semua 100 biji...

Ni hamper RM50


Kotak ala-ala corak Louis Vutton ni plak untuk customer yang nak bawak buah tangan kat kawan dia kat London. Dalam dia ada tart nenas, tart bluebrry, hazelnut chocolate cookies, kek buah kukus dan kurma.